Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan bulan kita...

Lama sgt rasanya tak post something kat blog sendiri..Byk sbnrnya benda nak ditulis tapi selalu jer tak berkesempatan, ada benda lain yg perlu diutamakan (ceh, ni alasan aku jer. Padahal aku mmg malas)..haha:p
So mulai hari ni,sy akan aktifkan balik posting mmposting ni..hehe.InsyaAllah..
Pertama2 sekali, Selamat Berpuasa pada smua kawan2,cikgu2,lecturer2,ex-student2 dan seluruh saudara2 islam dunia akhirat, insyaAllah..So,dah masuk pun kita dalam bln Ramadhan 1431H, dah 7 hari pun kita berpuasa, alhamdulillah..Tahniah pada adik2 yg berjaya brhempas pulas tahan dari makan n minum selama 7 hari ni (khusus utk kanak2 yg brumur 5-7tahun)..Jadi malu la kita pada anak2 yg suci ni. Walaupun tak memahami utk apa mereka berlapar, tapi sekurang2nya usaha mereka tula yg patut dibanggakan. Sebab smlm on the way nak p bazar ramadahn sec8, sy lalu la dekat satu taman permainan ni. Ada 3org kanak2 lebih kurang 5-7tahun tgh main. Tibe2 dorang ni cam khusyuk tgk pada 1 kereta ni yg tak jauh dari dorg. Sy pun cam curious la jgk. So tgk la sekali (menyibuk jgk tu..hehe). Rupa2nya ada la sepasang couple ni tgh makan+minum dgn beseleranya. And part yg paling best, awek dia plak yg bagi pakwenya air..Haish.. Sebagai perempuan islam,sy sgt la malu. Lg malu pada anak2 kecil yg tgh tgk tu..Semestinya la budak2 tu pelik dgn apa yg berlaku depan dorang. Sy terus dtg dekat budak2 tu n tnya, "adik semua ni puasa kan?"..Dorg suma angguk.."Kami tak penah tinggal akak. Tapi kenapa abg tu makan?'..Sy pun jawab, "sebab abg tu tak kuat n hebat macam adik2. Allah syg pada org yg kuat. Kalo adik2 puasa penuh, nanti kat akhirat Allah akn bagi adik makan makanan yg lagi sedap2 dalam syurga, adik mintak jer.So adik2 tak boleh jadi macam abg tu k'..Dorang pun angguk lg sambil tersenyum. Alangkah mulianya anak2 ini..Maka tidak malukah kita pada mereka?? Sedang kita lebih memahami akan dosa dan pahala, halal dan haram..

(Astaghfirullahalazim,ampunkan kami ya Allah.Kami menzalimi diri kami sendiri..)

Dan ketahuilah wahai lelaki2 diluar sana.Rasulullah ada menyebut, 'Perempuan itu adalah panah2 iblis dan panah2 itu mampu merosakkan dunia'..Jadi, wahai lelaki2, janganla smpai perempuan itu melalaikan dan merosakkan diri kalian. Bilamana dia tersasar, tariklah dia kembali. Janganlah engkau ikuti dan redhakan kemungkaran yg dia lakukan. Itulah perananmu..Ermm, kita selalu tertanya2 kenapa yer bila bulan ramadhan, ada lg dosa2 yg kita buat, sedangkan syaitan dah kena rantai??.. Erm, mmg betul pun Allah dah rantai iblis2 ni. Tapi ada benda yg ditinggalkan oleh mereka pd kita - iaitu 'Didikan Syaitan'..Didikan inilah yg myebabkan kita masih berterusan tersasar. So nak buat macam mana?? Usaha kita disini adalah buangkan sedikit demi sedikit didikan ini dgn cara, kembalilah kita pada Allah..Dekatilah alquran, sertailah majlis ilmu, bawalah langkahmu ke masjid/surau, insyaAllah didikan ini akan pudar secara perlahan2..
Selalu la igt, Allah tu sgt syg pada kita sampaikan Dia dah bagi 1 bulan utk umat Muhammad ni, iaitu Ramadahn. Semua yg kita buat dlm bulan ni akan digandakan. Peluang dah ada, ruang dah ada, jalannya pun dah ada. So yg penting skrg adalah usaha kita utk merebutnya. Janganlah kita mmberi alasan bahawa kesibukan dan tak cukup masa itu menyebabkan kita tak sempat utk beribadah. Masa sentiasa cukup. Yang tak pernah cukup adalah ketamakan dan sikap tidak beratnya kita pada ibadah.. Siapa tahu, mungkin Ramadhan ini adalah ramadahan yg terakhir utk kita. Janganlah sampai kita menyesal kerana tidak menghargai apa yg dah ada di depan mata..

Wallahua'alam...

Tuesday, April 06, 2010

Courage...

"I've learned that courage does not always roar..
Sometimes courage is the quiet voice,
at the end of the day saying..
"I will try again tomorrow.."

Friday, February 26, 2010

Frends forever...

tengah pening-pening duk baca journal tadi,tibe-tibe teringat pada kawan-kawan masa degree dulu..Rindu la kat korang..Rindu sangat weh..Bile tah nak jumpa lagi..Ingat lagi tak lagu Vitamin C ni- Graduation Song??hehe..kelakar-kelakar..

"Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever..."

All da best for all ex CS228:)

Mengingati Kekasih Allah...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan, sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya, baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan.

(Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah)


****Salam Maulidurrasul**

Sunday, February 14, 2010

Speaking different languages...



It is common for us when our friends keep complaining that their boyfren/girlfren are not understanding, not alert on their needs and emotions. And wonders, just because of this we always blame the other party and never realize that we are confronting with somebody who came from different world with us. Dr John Gray in his book 'Men Are from Mars, Women Are from Venus' did mention that "men and women are supposed to be different. But if they do respect and accept their differences, the happiness will come to them.."
We usually expect the opposite sex to be more like ourselves. We desire them to what we want and feel the way we feel. It is a fact that the way we think and the way men's think are really different. However, both men and women are possible to reach the similar point of thinking if they do trying to understand the tracks of their partner seeing and imaging. I just remember one part of this book by Dr John Gray that i ever read before - Speaking different language. This part really attracted me. Actually, men and women languages had the same words, but the way they were used gave different meanings. Women always talk and use metaphors to express their feeling but men always take the words a an information.
For example, a girl said to a guy, 'When I went out with you, chatting, watching movie and laughing, I feel released'.. Instead, the guy misinterpret and mislead her words by asking, 'Are you using me to bring you out from your lonely..?'..
This kind of conveying will make the girl feel hurted, frustrated and unappreciated. Actually, what the girl intend to say is, she is comfortable with him, she trust him and happy to be with him. Instead, the guy simply take her words as a literal information.
Lets consider a situation..
I asked my father to buy bread at shop for the breakfast and after 10 minutes, he come back with Gardenia bread, just a bread..But it is different when I asked my mother the same thing. She will return home with Gardenia bread, peanut butter, eggs and sardines. Men always understand one. While women will understand a word as a whole. That is how men and women are different and this is what we should understand more. Never blame but try to feel men's world, try to explore their languages.
Besides, speaking bout happiness, Ustaz Hasrizal Jamil in his book 'Aku Terima Nikahnya' said, "In a relationship, never demanding. Instead, we have to always giving without asking for any reward.."
As a human, it is normal if we feel of giving up and tiring of giving so much time. But a good communication, discussion, understanding, trust and compassion will help both parties to play role of giving and receiving.
I really admired Ust Hasrizal and his wife on the way they accepted their partner. Even at the early marriage, when his wife was assigning for servicing outside the state and live separately, they still practising the good and loving communication with each other. They noticed that they are speaking the different languages but they got the happiness because they got these 3 things - positive communication, supportive giving and a full of warm receiving..

Wallahua'lam...

Saturday, February 13, 2010

Sisi lain...

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu.
Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu.
Sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
(Al-Baqarah)

*****************************
Kita selalu mengeluh dan bertanya-tanya bila kita tak dapat apa yang kita nak.
Kita selalu menyalahkan takdir bila harapan kita tak kesampaian. Dan kita sering tercari-cari kesilapan kita bila sesuatu yang kita harap tak jadi..
Tapi kita tak pernah nak sedar nilai dan tahap kita dimana. Kita selalu meminta-minta tapi kita tak pernah nak memberi..
Kita meminta orang sayang pada kita tapi kita sendiri tidak pernah berusaha memberi kasih sayang. Kita meminta orang memahami kita tapi kita sendiri tidak mahu berusaha memahami orang. Kita meminta orang menerima kita tapi kita lupa bahawa penerimaan itu bukanlah satu paksaan..
Dan yang paling menyedihkan, kita meminta pada Allah untuk memenuhi kehendak dan keinginan kita, sedang kita tidak sedar kita seringkali melupakan hak Allah pada kita. Dan bila terjatuh, bila berdepan dengan kesusahan, bila ditinggalkan orang sekeliling, barulah kita akan datang pada Dia.. Maka siapakah Allah pada hidup kita?
Datang bila perlu dan tinggal bila dah dapat..
Itulah kita, itulah saya, itulah aku, itulah kamu dan mereka..
Kita kena sedar, bila Allah tidak menyampaikan hajat dan kehendak kita, bukan bermakna Allah tidak pernah mendengar. Allah mendengar dan sentiasa mendengar. Cuma mungkin belum masanya untuk harapan itu ditunaikan..
Pernah seorang ustaz berkata, "Sebenarnya semua doa kita dah dikabulkan, cuma Allah belum zahirkan lagi sampailah tiba masanya mengikut perancangan.."
Kawan2, kita kena selalu ingat, sesungguhnya doa dan hajat itu di laksanakan Allah pada 3 cara:

Pertama : dikabulkan serta merta
Kedua : disimpan dahulu dan akan ditunaikan bila tiba masanya
Ketiga : digantikan dengan yang lebih baik bersama2 perancangan Allah

Jangan bersedih bila kita tak dapat dan capai apa yang kita mahukan. Tapi yakinlah ada sesuatu yang lebih baik telah Allah aturkan untuk kita. Yang penting kita terus berdoa, berusaha dan yakin...Ada yang lebih baik pada sisi yang lain, inysaAllah..

Wallahua'lam..

Friday, January 08, 2010

Minor Research vs Industrial Training??

SHAH ALAM,8 Jan 2010 : Universiti Teknologi MARA (UiTM) mensyaratkan individu yang ingin memohon sebagai pensyarah di situ perlu memiliki sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam industri berkaitan bagi melahirkan tenaga pengajar yang benar-benar berkualiti.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kakitangan akademik yang sudah berkhidmat di UiTM pula akan diberikan latihan industri bagi membolehkan mereka meningkatkan kepakaran dalam bidang masing-masing sekaligus dapat melahirkan graduan bermutu.
"Bagi saya, pengambilan pensyarah baru perlu diwajibkan supaya mempunyai pengalaman industri sekurang-kurangnya lima tahun untuk menjadi tenaga pengajar yang benar-benar berkualiti. Malah kadangkala kita lihat lepasan ijazah sarjana muda yang mempunyai pengalaman kerja selama 30tahun lebih bagus berbanding mereka yang ada PhD(Doktor Falsafah),"katanya pada sidang media disini semalam.

*****************************************************************
Jikalau kebiasaannya kita mendengar syarikat-syarikat swasta dan kerajaan mengutamakan pengalaman kerja sebagai kelebihan untuk sesorang individu itu ditawarkan pekerjaan, kini bidang akademik juga sedang menekankan perkara yang sama. Saya melihat syarat ini sebagai sesuatu yang agak mencabar terutamanya kepada graduan-graduan muda yang baru menamatkan pelajaran (fresh-graduate)in terms of persaingan yang perlu mereka hadapi. Dan saya kira ia merupakan satu perkara yang bagus kerana pengalaman didalam bidang berkaitan akan membantu individu tersebut terutamanya didalam proses pengajaran dan menghadapi kerenah student. Saya bukanlah orang yang mempunyai pengalaman kerja bertahun-tahun cuma apa yang hendak saya sharekan disini tentang pentingnya latihan industri/praktikal kepada pelajar. Mungkin ada baiknya jikalau pihak universiti sendiri mewajibkan latihan industri untuk setiap program sebagai usaha awal mendedahkan mereka pada pengalaman kerja sebenar. Dan dalam masa yang sama turut memberi pengetahuan awal berkaitan 'bidang penyelidikan' (research) kerana sudah menjadi matlamat semua universiti kini untuk memperbanyakkan penyelidikan. Maaf, disebabkan saya budak math,jadi saya bercakap dari sudut math la ek..hehe.
Secara jujurnya, saya dapat rasakan perbezaan di antara pelajar yang attach untuk Latihan Industri (LI)pada semester akhir dan pelajar yang membuat 'minor research' selama 2 semester.Cthnya pelajar yang mengambil jurusan 'Pure Mathematics' dan pelajar yang mengambil 'Computational Math or Mngmt Math'. Mengikut silibus pengajian, pelajar2 Comp Math and Mgmt Math perlu mengikuti latihan industri/praktikal pada final semester manakala pelajar 'Pure Math' akan membentangkan hasil penyelidikan mereka pada semester akhir dan semester sebelumnya mereka perlu membentangkan proposal research mereka. Bermakna minor research itu mengambil masa selama hampir 1 year. Untuk Praktikal, pelajar perlu membuat report yang berkaitan dengan bidang industri di mana mereka attach dengan cara mengenalpasti masalah berkaitan dalam syarikat tersebut dan cuba mencari solution menggunakan pengetahuan math yang dipelajari selama hampir 3tahun. Dan ini mengambil masa sekitar 3 bulan. Manakala pelajar yang membuat technical report/minor rsearch, mereka perlu membentang proposal dahulu untuk menjelaskan intention terhadap bidang yang akan di kaji. Disini mereka di wajibkan membaca penulisan2 berkaitan (journal), come out with mathematical model yang akan digunakan dan expected result yang akan diperolehi. Then selama 1 sem nya mereka akan menjalankan kajian itu sehinggalah kepada conclusion. Mudah ceritanya, seolah2 macam buat master by research la..Mereka bertuah kerana mereka mendapat pengalaman awal seperti itu. Berbeza dengan kami yang attach untuk latihan industri. Memang kami jugak diajar cara menulis tetapi tidaklah terlalu mendalam seperti mereka. Pada pelajar yang memang bersungguh mengaplikasikan pengetahuan math pastinya mereka akan membuat sebaik mungkin untuk mencari peneyelesaian step by step tapi bagi yang meletakkan matlamat supaya sekadar adanya satu report, pastinya ini sesuatu yang sia-sia. Sebabnya saya tengok ramai teman2 yang buat report tapi tak faham apa sebenarnya yang mereka buat dan kadang2 mereka akan tanya kita balik,apa yang mereka patut terangkan masa presentation nanti..Camne tu??..
Tapinya dari sudut yang lain, latihan industri ada kelebihannya sendiri terutamanya ilmu2 lain yang kita takkan dapat semasa belajar di Universiti. When we went for Industrial Training, means kita jugak sedang memasuki alam pekerjaan sebenar. Maka kita sedang berhadapan dengan pelbagai kerenah dan sifat manusia dari pelbagai peringkat umur, kita berhadapan dengan tekanan kerja dan pembawakan diri sendiri. Disinilah secara tidak langsung pelajar2 akan mula belajar untuk mengawal emosi diri, memahami akan pentingnya hubungan rakan sekerja, bagaimana untuk bekerjasama menyelesaikan tugasan diberi dalam tempoh yang singkat dan melihat bagaimana caranya orang-orang atasan mengurus. Dalam masa yang sama jugak, tugasan-tugasan berbeza yang diberi setiap hari pastinya memberi lebih ruang kepada pelajar untuk mengambil ilmu sebanyak mungkin dalam task berkaitan. Sebagai contoh bilamana ia memerlukan pelajar mempelajari cara menggunakan sistem atau software khas. Disini pelajar turut boleh memberi manfaat pada syarikat dengan cara mengaplikasikan pengetahuan pengajian mereka untuk memudahkan pengurusan organisasi melalui cara mereka sendiri..
Dan ini mungkin tidak dapat dirasai oleh pelajar2 yang menghabiskan 'minor research' mereka di fakulti. Namun harus diakui bahawa mereka mungkin tidak akan berhadapan dengan kesulitan untuk meneruskan pengajian yang melibatkan bidang akademik berbanding kami.
Ada kelebihan dan ada kekurangannya pada kedua-dua pendekatan tersebut. Kelebihan pada mereka yang attach pada LI mungkin mereka akan mudah ditawarkan kerja jika pihak syarikat melihat mereka benar-benar berpotensi. Manakala kelebihan pada yang membuat 'minor research'/'technical report', ia akan membantu dalam research yang sebenar terutamanya pada yang berniat memasuki bidang akademik dan pendidikan. Maka saya berpendapat mungkin ada baiknya untuk pihak universiti menggabungkan kedua-dua pendekatan ini sebagai syarat wajib program dan pastinya pelajar dan pensyarah sendiri mendapat manfaat untuk jangkaan masa panjang..

Wallahua'lam..