Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan bulan kita...

Lama sgt rasanya tak post something kat blog sendiri..Byk sbnrnya benda nak ditulis tapi selalu jer tak berkesempatan, ada benda lain yg perlu diutamakan (ceh, ni alasan aku jer. Padahal aku mmg malas)..haha:p
So mulai hari ni,sy akan aktifkan balik posting mmposting ni..hehe.InsyaAllah..
Pertama2 sekali, Selamat Berpuasa pada smua kawan2,cikgu2,lecturer2,ex-student2 dan seluruh saudara2 islam dunia akhirat, insyaAllah..So,dah masuk pun kita dalam bln Ramadhan 1431H, dah 7 hari pun kita berpuasa, alhamdulillah..Tahniah pada adik2 yg berjaya brhempas pulas tahan dari makan n minum selama 7 hari ni (khusus utk kanak2 yg brumur 5-7tahun)..Jadi malu la kita pada anak2 yg suci ni. Walaupun tak memahami utk apa mereka berlapar, tapi sekurang2nya usaha mereka tula yg patut dibanggakan. Sebab smlm on the way nak p bazar ramadahn sec8, sy lalu la dekat satu taman permainan ni. Ada 3org kanak2 lebih kurang 5-7tahun tgh main. Tibe2 dorang ni cam khusyuk tgk pada 1 kereta ni yg tak jauh dari dorg. Sy pun cam curious la jgk. So tgk la sekali (menyibuk jgk tu..hehe). Rupa2nya ada la sepasang couple ni tgh makan+minum dgn beseleranya. And part yg paling best, awek dia plak yg bagi pakwenya air..Haish.. Sebagai perempuan islam,sy sgt la malu. Lg malu pada anak2 kecil yg tgh tgk tu..Semestinya la budak2 tu pelik dgn apa yg berlaku depan dorang. Sy terus dtg dekat budak2 tu n tnya, "adik semua ni puasa kan?"..Dorg suma angguk.."Kami tak penah tinggal akak. Tapi kenapa abg tu makan?'..Sy pun jawab, "sebab abg tu tak kuat n hebat macam adik2. Allah syg pada org yg kuat. Kalo adik2 puasa penuh, nanti kat akhirat Allah akn bagi adik makan makanan yg lagi sedap2 dalam syurga, adik mintak jer.So adik2 tak boleh jadi macam abg tu k'..Dorang pun angguk lg sambil tersenyum. Alangkah mulianya anak2 ini..Maka tidak malukah kita pada mereka?? Sedang kita lebih memahami akan dosa dan pahala, halal dan haram..

(Astaghfirullahalazim,ampunkan kami ya Allah.Kami menzalimi diri kami sendiri..)

Dan ketahuilah wahai lelaki2 diluar sana.Rasulullah ada menyebut, 'Perempuan itu adalah panah2 iblis dan panah2 itu mampu merosakkan dunia'..Jadi, wahai lelaki2, janganla smpai perempuan itu melalaikan dan merosakkan diri kalian. Bilamana dia tersasar, tariklah dia kembali. Janganlah engkau ikuti dan redhakan kemungkaran yg dia lakukan. Itulah perananmu..Ermm, kita selalu tertanya2 kenapa yer bila bulan ramadhan, ada lg dosa2 yg kita buat, sedangkan syaitan dah kena rantai??.. Erm, mmg betul pun Allah dah rantai iblis2 ni. Tapi ada benda yg ditinggalkan oleh mereka pd kita - iaitu 'Didikan Syaitan'..Didikan inilah yg myebabkan kita masih berterusan tersasar. So nak buat macam mana?? Usaha kita disini adalah buangkan sedikit demi sedikit didikan ini dgn cara, kembalilah kita pada Allah..Dekatilah alquran, sertailah majlis ilmu, bawalah langkahmu ke masjid/surau, insyaAllah didikan ini akan pudar secara perlahan2..
Selalu la igt, Allah tu sgt syg pada kita sampaikan Dia dah bagi 1 bulan utk umat Muhammad ni, iaitu Ramadahn. Semua yg kita buat dlm bulan ni akan digandakan. Peluang dah ada, ruang dah ada, jalannya pun dah ada. So yg penting skrg adalah usaha kita utk merebutnya. Janganlah kita mmberi alasan bahawa kesibukan dan tak cukup masa itu menyebabkan kita tak sempat utk beribadah. Masa sentiasa cukup. Yang tak pernah cukup adalah ketamakan dan sikap tidak beratnya kita pada ibadah.. Siapa tahu, mungkin Ramadhan ini adalah ramadahan yg terakhir utk kita. Janganlah sampai kita menyesal kerana tidak menghargai apa yg dah ada di depan mata..

Wallahua'alam...