Saturday, January 02, 2010

Aku,baby dan mereka..


Hari ni baby dah sihat sikit,nampak lebih cergas.Dah boleh lari-lari dalam rumah.Sejak beberapa hari lalu, baby nampak tak sihat. Satu rumah susah hati,dari yang tua sampailah yang si kecik.Biasanya bila saya bangun untuk subuh,baby jugak akan bangun sekali. Selagi tak bagi makan, selagi tula dia bising.Tapi dalam 2 hari ni baby tak bangun pulak, baby celik mata tapi boleh sambung tidur balik.Pelik sangat.Makan pun tak nak,apa tah lagi nak main dengan kami. Nak kata asyik tidur pun tidak sebab saya tengok baby selalu termenung.Konon-konon besar sangat la masalah baby tu.Haha..Hari tu bawak baby pergi klinik.Sibuk betul, semuanya nak ikut. Konon-konon sayang sangat kat baby, nak temankan baby.Siapa lagi kalau bukak si kecik 2 orang tu,izzati n fatin.Laju je bersiap. Amboi,amboi kalau pasal baby, semuanya laju.Cuba suruh kemas bilik sendiri, punya la malas.Tambah-tambah kalau nak kejutkan deme berdua bangun pagi, liat bukan main.Cuba letak baby sebelah,dengar je suara baby,terus terbukak mata,siap sanggup pergi dapur bagi baby makan.Jangan kata deme,yang hero-hero 3 orang tu pun sayang.Asal balik je dari keja,sibuk mencari baby.Kesian tengok baby, macam tak bebas pulak dalam rumah sendiri. Kalau hari-hari semua orang asyik pegang, makin kurus la nanti..Tapi baby sangat bertuah, dilayan macam raja. Tidur pun atas tilam empuk.Siapa lagi kalau bukan kak long yang bentangkan tilam tu sebelah katil saya.Dalam setiap bilik dalam rumah ni, mesti ada port baby.Dekat bilik mama, baby suka landing dekat sejadah ruang solat.Nak tempat sedap aje,bukan main.Tapi dia berani masuk waktu mama tak ada dalam bilik.Kalau tak mesti dah kena marah dengan mama. Tak pun kena lepuk kat kepala.Haha..Dekat bilik adik-adik pulak,katil deme la tempat specialnya.Bilik hero-hero, baby jarang masuk. Tapi kalau masuk pun, mesti tidur kat atas baju2 deme.Itulah baby, kucing yang kami kutip di pasar.Masa mula-mula jumpa, baby kurus sangat. Macam mayat hidup, kotor dan busuk.Tapi sekarang, alhamdulillah, hidup baby makin terjamin.Agaknya la.Hehe..Nak tau lanjut tanya la baby sendiri..
Apa yang nak saya tekankan dalam post kali ni, bukanlah tentang hidup baby.Tapi tentang besarnya kesan seekor haiwan dalam keluarga kami.Adanya baby, kami semua semakin rapat sebab semua akan sibuk nak main dengan baby. Adanya baby, wujudnya rasa kasih sayang dan peka dalam diri kami pada haiwan.Adanya baby,rumah kami tak sunyi bila semua orang keluar bekerja, pergi sekolah, balik shah alam. Dan adanya baby, si kecik dua orang tu dah tak hilang main-main kat luar rumah. Bukan apa, risau sebab tak ada siapa yang pantau deme berdua.Sekarang bahaya, takut-takut ada orang luar yang berniat jahat.Siapa tahu kan..Itulah baby, besar kesan kehadirannya pada kami..
Teringat pada kisah Rasulullah dulu.Sayangnya Rasulullah pada kucing beliau yang bernama 'Mueeza'.Diriwayatkan dalam satu kisah, ketika Rasulullah mahu pergi bersolat, Rasulullah lihat Mueeza sedang tidur di atas jubah beliau, sedang Rasulullah masa tu mahu mengambil jubah itu untuk bersolat. Disebabkan rasa kasihnya pada Mueeza, Rasulullah sanggup menggunting bahagian jubah tempat kucing itu tidur semata-mata kerana tidak mahu mengganggu haiwan tersebut..
MasyaAllah, mulianya akhlak Rasulullah..
Rasa-rasanya sanggup kah kita untuk berbuat demikian kalau kita berdepan dengan perkara yang sama??
Sayang mana pun kita pada kucing, mustahil kita mampu berlaku sebagaimana Rasulullah. Paling-paling lembut pun,kita akan buat-buat bunyi bising pada kucing tu supaya dia bangun..Betul tak??Hehe..

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment