Friday, January 01, 2010

Bertanya dan Berkongsilah....

Kata Amirul Mukminin Ali B Abi Talib..
"Ambillah daripadaku 5 perkara":

Pertama : Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri
Kedua : Jangan engkau takuti sesuatu pun selain dari kemurkaan Illahi
Ketiga : Jangan engkau segan mempelajari sesuatu yang belum engkau ketahui walau dari siapa sahaja
Keempat: Hendaklah engkau berani menyatakan 'belum mengetahui' apa yang sebenarnya engkau belum ketahui
Kelima : Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar kerana sabar itu adalah kepala iman


Student2 saya pernah bertanya."Miss, macammane nak dapat 'dean list',susahla.."
Mudah saja jawapan saya-"Mintak pada Allah,bertanya la sampai jemu dan berkongsilah apa saja yang kamu tahu.."
Bila mengajar dalam kelas,cukup susah nak jumpa student yang terus-terang bagitau mereka tak faham apa yang saya ajar terutamanya bila mengajar student PLK..Asal tanya je,semua mesti akan kata 'Faham,miss'..Saya tak salahkan mereka kerana saya dulu pun pernah buat benda yang sama jugak.Mungkin sebab kita rasa segan nak bagitau yang kita tak faham sangat dan kadang2 kita rasa,bila kita bertanya,soalan2 tu akan menyusahkan pensyarah2 kita..
Tapi hakikatnya bila berdiri di depan kelas,baru la saya faham..Pensyarah tak pernah merasa mereka susah dengan apa saja pertanyaan pelajar.Bahkan mereka lagi rasa dihargai bila pelajar2 dekat dengan mereka. Kalau nak diikutkan, sangat tak logik untuk kita rasa segan sebab kawan2 kita yang lain pun belum tentu faham. Bila kita bertanya,kita jugak sedang membantu kawan2 kita yang lain sebenarnya. Tak dinafikan perasaan malu itu sangat susah untuk diubah. Tapi tak apa, mungkin kita tak selesa untuk berbuat demikian. Jadi, usaha lainnya, berjumpa la selalu dengan pensyarah tersebut. Jangan la takut pulak pada pensyarah. Kadang2 memang ada pensyarah yang agak serius tapi sebenarnya, itu dalam kelas je. Bila jumpa secara personal, tak macam tu pun. So, dont worry la k..

Dalam proses menuntut ilmu ni, kita tak boleh bertangguh-tangguh. Hari ni kita tak faham apa yang kita belajar. Then esok, bertambah lagi tajuk sedangkan yang semalam punya pun kita belum jelas lagi. Sebab tu la, kita akan rasa subjek tu susah. Susah sebab kita tak faham dari awal. Itu la masalah kita, masalah saya jugak..hehe..Sepatutnya hari ni tak faham, hari ni bertanya dan hari ni jugak kena revise. Tak boleh tunggu esok atau tunggu bila kita free.
Kadang2 kita rasa tak suka pada subjek tu, kita tak minat, tak ikut selera kita dan kita rasa tak mampu. Tapi kita tak boleh biarkan diri kita untuk terus membenci. Sepatutnya kita mintak banyak2 pada Allah, berdoa supaya Allah buka pintu hati kita untuk suka. Kerana yang berhak memberi itu hanyalah Allah. Allah sebut dalam kitabNya;

"Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepadaKu. Hendahlah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran".... (Al-Baqarah)

Jadi, janganlah jemu untuk meminta dan berdoa kerana doa itu adalah kekuatan seorang mukmin..Tak perlu kecewa bila kita tak dapat 'A' kerana apa yang lebih penting adalah usaha dan jalan2 kita untuk mendapatkan 'A' itu sendiri. Bila kita dah faham, ingatlah jangan sekali-kali kita berat untuk berkongsi. Bilamana kita berkongsi apa yang kita tahu, tidak bermakna kita akan kehilangan ilmu itu dan orang lain akan jadi lebih pandai dari kita. Kerana sekali kita menyebarkan sesuatu ilmu itu, maka selagi itulah keberkatannya ada. Belajar tak perlu pandai, yang penting berkat..Berkongsilah walaupun sedikit kerana orang yang tahu itu besar bezanya dengan orang yang tidak mengetahui. Sebagaimana yang Allah sebut:

"Adakah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?"...(Az-Zumar)

Kita kena selalu beringat, bila kita usaha, usaha itu jugak perlula diiringi dengan ketaatan pada Pemilik ilmu itu sendiri. Sempurnakanlah solatmu, taati dan berdoalah untuk ibu bapa kita dan selalu tanamkan pada hati, 'Aku mesti cemerlang kerana aku adalah orang Islam. Agamaku hebat, maka aku jugak perlu hebat..'
Kalau ketiga2 perkara ini dapat kita sempurnakan, maka insyaAllah, 'dean list' itu adalah milik kita..Selalu ingat 'A' bukanlah pengukur segala-galanya. Apa yang lebih penting adalah usaha dan jalan2 kita ke arah mencapai 'A' itu sendiri...

Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment