Friday, January 08, 2010

Adakah cinta memerlukan sebab??

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.Kemudian si isteri bertanya kepada si suami:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?..Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?..Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti!.. Tidak!..Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

Suami: Baiklah!.. Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

"Sayang..
Jika disebabkan suara aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau bersuara?..Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?..Tidak!Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau tersenyum?..Tidak!Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau melangkah?..Tidak!Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?..Tidak!..Aku masih mencintaimu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab kerana engkau adalah hadiah dari Allah untukku. Dan selayaknya sebagai penerima hadiah aku seharusnya bersyukur dan memelihara anugerah itu tanpa mencari alasan atas penerimaanku..


Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,disentuh. Namun begitu anda boleh merasainya dari dasar hati seandainya anda benar-benar ikhlas dan bersungguh menerimanya...
Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment