Friday, January 08, 2010

Minor Research vs Industrial Training??

SHAH ALAM,8 Jan 2010 : Universiti Teknologi MARA (UiTM) mensyaratkan individu yang ingin memohon sebagai pensyarah di situ perlu memiliki sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam industri berkaitan bagi melahirkan tenaga pengajar yang benar-benar berkualiti.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kakitangan akademik yang sudah berkhidmat di UiTM pula akan diberikan latihan industri bagi membolehkan mereka meningkatkan kepakaran dalam bidang masing-masing sekaligus dapat melahirkan graduan bermutu.
"Bagi saya, pengambilan pensyarah baru perlu diwajibkan supaya mempunyai pengalaman industri sekurang-kurangnya lima tahun untuk menjadi tenaga pengajar yang benar-benar berkualiti. Malah kadangkala kita lihat lepasan ijazah sarjana muda yang mempunyai pengalaman kerja selama 30tahun lebih bagus berbanding mereka yang ada PhD(Doktor Falsafah),"katanya pada sidang media disini semalam.

*****************************************************************
Jikalau kebiasaannya kita mendengar syarikat-syarikat swasta dan kerajaan mengutamakan pengalaman kerja sebagai kelebihan untuk sesorang individu itu ditawarkan pekerjaan, kini bidang akademik juga sedang menekankan perkara yang sama. Saya melihat syarat ini sebagai sesuatu yang agak mencabar terutamanya kepada graduan-graduan muda yang baru menamatkan pelajaran (fresh-graduate)in terms of persaingan yang perlu mereka hadapi. Dan saya kira ia merupakan satu perkara yang bagus kerana pengalaman didalam bidang berkaitan akan membantu individu tersebut terutamanya didalam proses pengajaran dan menghadapi kerenah student. Saya bukanlah orang yang mempunyai pengalaman kerja bertahun-tahun cuma apa yang hendak saya sharekan disini tentang pentingnya latihan industri/praktikal kepada pelajar. Mungkin ada baiknya jikalau pihak universiti sendiri mewajibkan latihan industri untuk setiap program sebagai usaha awal mendedahkan mereka pada pengalaman kerja sebenar. Dan dalam masa yang sama turut memberi pengetahuan awal berkaitan 'bidang penyelidikan' (research) kerana sudah menjadi matlamat semua universiti kini untuk memperbanyakkan penyelidikan. Maaf, disebabkan saya budak math,jadi saya bercakap dari sudut math la ek..hehe.
Secara jujurnya, saya dapat rasakan perbezaan di antara pelajar yang attach untuk Latihan Industri (LI)pada semester akhir dan pelajar yang membuat 'minor research' selama 2 semester.Cthnya pelajar yang mengambil jurusan 'Pure Mathematics' dan pelajar yang mengambil 'Computational Math or Mngmt Math'. Mengikut silibus pengajian, pelajar2 Comp Math and Mgmt Math perlu mengikuti latihan industri/praktikal pada final semester manakala pelajar 'Pure Math' akan membentangkan hasil penyelidikan mereka pada semester akhir dan semester sebelumnya mereka perlu membentangkan proposal research mereka. Bermakna minor research itu mengambil masa selama hampir 1 year. Untuk Praktikal, pelajar perlu membuat report yang berkaitan dengan bidang industri di mana mereka attach dengan cara mengenalpasti masalah berkaitan dalam syarikat tersebut dan cuba mencari solution menggunakan pengetahuan math yang dipelajari selama hampir 3tahun. Dan ini mengambil masa sekitar 3 bulan. Manakala pelajar yang membuat technical report/minor rsearch, mereka perlu membentang proposal dahulu untuk menjelaskan intention terhadap bidang yang akan di kaji. Disini mereka di wajibkan membaca penulisan2 berkaitan (journal), come out with mathematical model yang akan digunakan dan expected result yang akan diperolehi. Then selama 1 sem nya mereka akan menjalankan kajian itu sehinggalah kepada conclusion. Mudah ceritanya, seolah2 macam buat master by research la..Mereka bertuah kerana mereka mendapat pengalaman awal seperti itu. Berbeza dengan kami yang attach untuk latihan industri. Memang kami jugak diajar cara menulis tetapi tidaklah terlalu mendalam seperti mereka. Pada pelajar yang memang bersungguh mengaplikasikan pengetahuan math pastinya mereka akan membuat sebaik mungkin untuk mencari peneyelesaian step by step tapi bagi yang meletakkan matlamat supaya sekadar adanya satu report, pastinya ini sesuatu yang sia-sia. Sebabnya saya tengok ramai teman2 yang buat report tapi tak faham apa sebenarnya yang mereka buat dan kadang2 mereka akan tanya kita balik,apa yang mereka patut terangkan masa presentation nanti..Camne tu??..
Tapinya dari sudut yang lain, latihan industri ada kelebihannya sendiri terutamanya ilmu2 lain yang kita takkan dapat semasa belajar di Universiti. When we went for Industrial Training, means kita jugak sedang memasuki alam pekerjaan sebenar. Maka kita sedang berhadapan dengan pelbagai kerenah dan sifat manusia dari pelbagai peringkat umur, kita berhadapan dengan tekanan kerja dan pembawakan diri sendiri. Disinilah secara tidak langsung pelajar2 akan mula belajar untuk mengawal emosi diri, memahami akan pentingnya hubungan rakan sekerja, bagaimana untuk bekerjasama menyelesaikan tugasan diberi dalam tempoh yang singkat dan melihat bagaimana caranya orang-orang atasan mengurus. Dalam masa yang sama jugak, tugasan-tugasan berbeza yang diberi setiap hari pastinya memberi lebih ruang kepada pelajar untuk mengambil ilmu sebanyak mungkin dalam task berkaitan. Sebagai contoh bilamana ia memerlukan pelajar mempelajari cara menggunakan sistem atau software khas. Disini pelajar turut boleh memberi manfaat pada syarikat dengan cara mengaplikasikan pengetahuan pengajian mereka untuk memudahkan pengurusan organisasi melalui cara mereka sendiri..
Dan ini mungkin tidak dapat dirasai oleh pelajar2 yang menghabiskan 'minor research' mereka di fakulti. Namun harus diakui bahawa mereka mungkin tidak akan berhadapan dengan kesulitan untuk meneruskan pengajian yang melibatkan bidang akademik berbanding kami.
Ada kelebihan dan ada kekurangannya pada kedua-dua pendekatan tersebut. Kelebihan pada mereka yang attach pada LI mungkin mereka akan mudah ditawarkan kerja jika pihak syarikat melihat mereka benar-benar berpotensi. Manakala kelebihan pada yang membuat 'minor research'/'technical report', ia akan membantu dalam research yang sebenar terutamanya pada yang berniat memasuki bidang akademik dan pendidikan. Maka saya berpendapat mungkin ada baiknya untuk pihak universiti menggabungkan kedua-dua pendekatan ini sebagai syarat wajib program dan pastinya pelajar dan pensyarah sendiri mendapat manfaat untuk jangkaan masa panjang..

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment